Monday, 28 September 2015

HADIAHKU BUATMU KAWAN

Kerana aku menanti dengan penuh cinta
Setiap penantianku bertemankan senyum senantiasa
Walau yang tertulis pahit derita
Aku akan terus dan tetap gembira
Kerna itu bukti cintaku pada-Nya…

Aku menanti cinta dengan sabar dan senyum
Dan penantian cintaku kini terbalas dengan cinta-Nya
Aku akan cuba terima dengan hati yang terbuka
Kerna yang kumahu hanyalah redha-Nya…

Pemergianku ini bukanlah satu kehilangan
Tapi ianya satu permulaan
Untuk kau dan aku saling kuat menguatkan
Ukhwah terbina bukan sembarangan
Kerna ukhwah kita terikat depan Tuhan…

Picisan bicara ingin kutitipkan
Moga terus melangkah maju kehadapan
Masa silam jadikan peringatan
Bahawa hidup tak semestinya pelangi temankan…
Moga kau dan aku kan terus dan tetap berjuang
Menongkah arus badai di depan
Penuh dakar pacakkan panji Islam
Penuh derana menjadi ansarullah gemilang
Harus sedar bukan hamparan merah terbentang
Buat perindu syahid di jalan Tuhan
Buat hidup seorang pejuang…

Usah persalahkan dirimu atas takdir tercipta
Bukan di sini wadahku untuk mengggapai cita
Dan mungkin bukan di sini untuk aku menjadi jundi-Nya
Akhir kalam ingin kubicara
Kita kuat tatkala bersama
Dan kita akan terus kuat walau jauh dari mata…

Biarkan sentuhan memori ini menggengam kenangan
Antara aku dan engkau teman seperjuangan…



Ini hadiahku buatmu kawan, terima kasih untuk segalanya, barakallu fikum
watch it, okay :') 

https://www.youtube.com/watch?v=baJZdQyjYWI


Moga kita bersua suatu hari nanti
Aku di sini akan sentiasa merinduimu kawan
















No comments:

Post a Comment