Kerana
aku menanti dengan penuh cinta
Setiap
penantianku bertemankan senyum senantiasa
Walau
yang tertulis pahit derita
Aku
akan terus dan tetap gembira
Kerna
itu bukti cintaku pada-Nya…
Aku
menanti cinta dengan sabar dan senyum
Dan
penantian cintaku kini terbalas dengan cinta-Nya
Aku
akan cuba terima dengan hati yang terbuka
Kerna
yang kumahu hanyalah redha-Nya…
Pemergianku
ini bukanlah satu kehilangan
Tapi
ianya satu permulaan
Untuk
kau dan aku saling kuat menguatkan
Ukhwah
terbina bukan sembarangan
Kerna
ukhwah kita terikat depan Tuhan…
Picisan
bicara ingin kutitipkan
Moga
terus melangkah maju kehadapan
Masa
silam jadikan peringatan
Bahawa
hidup tak semestinya pelangi temankan…
Moga
kau dan aku kan terus dan tetap berjuang
Menongkah
arus badai di depan
Penuh
dakar pacakkan panji Islam
Penuh
derana menjadi ansarullah gemilang
Harus
sedar bukan hamparan merah terbentang
Buat
perindu syahid di jalan Tuhan
Buat
hidup seorang pejuang…
Usah
persalahkan dirimu atas takdir tercipta
Bukan
di sini wadahku untuk mengggapai cita
Dan
mungkin bukan di sini untuk aku menjadi jundi-Nya
Akhir
kalam ingin kubicara
Kita
kuat tatkala bersama
Dan
kita akan terus kuat walau jauh dari mata…
Biarkan
sentuhan memori ini menggengam kenangan
Antara
aku dan engkau teman seperjuangan…
Ini hadiahku buatmu kawan, terima kasih untuk segalanya, barakallu fikum
watch it, okay :')
Moga kita bersua suatu hari nanti
Aku di sini akan sentiasa merinduimu kawan